Tuesday, December 20, 2011

Korang pernah terfikir x.... ?

Assalamualaikum :)

Orang selalu cakap ALLAH uji kita sebab ALLAH sayang kita . Bnd ni mmg x boleh nak disangkal lagi kan sbb nya aku dah banyak kali lalui . Aku rasa org lain pun sama . Xda siape pun yg pernah terlepas dari diuji kan sbb ALLAH sayang dekatt semua umatnya :) Kadang2 aku rasa mcm sgt loser sbb ALLAH bagi aku terlalu banyak peluang tapi aku susah sangatt nak hargai . & normally aku akan sedar & cakap " owh, aku ada buat slh ni, sbb tu ALLAH uji mcm ni . Aku kena berubah lepas ni " & & kata-kata tu mmg bertahan untuk 24 jam je. Bila ALLAH dah pinjamkan beberapa kebahagiaan untuk aku, mulalah lupa diri . Pernah x korang terfikir.......

Situasi 1
Hari ini kita terlalu megah sbb ramai kawan2 yg backup kita . Contohnya, hari ni kita duk pung pang pung pang mengutuk & mengate kwn dlm dorm yg kita x suka . cerita dekat classmate yang kau rase mcm soulmate. tup tup hari berikutnya tiba-tiba kau rasa mcm kau disisihkan oleh kwn2 yg kau duk seronok mengumpat sama tu . wlaupun hakikatnya diorang x sisihkan kau pun, tp kau je yg berperasaan mcm tu . kdang2 tuhan saja bg kau rasa mcm tu supaya kau boleh pikir apa dosa yang kau dah buat, dgan hrpan kau berhenti mengumpat . Ada kan rasa mcm tuu ?

Situasi 2
Minggu tu kau bahagia sgt dengan makwe/pakwe kau . Tgok cerita tentang dhia kau bayangkan Zikir tu pakwe kau xpun bayangkan Dhia tu awek kau. tgok org lalu lalang depan rumah pun dah ternampak-nampak makwe/pakwe kau. Kira mcm tgah hangat bercinta la konon. Rindu sana rindu sini. Tup tup xde angin xde ribut kau bergaduh dengan makwe/pakwe kau. berhari-hari jugaklah x bermesej. Bagi yg cepat sedar diri tu mula lah berdoa dekat tuhan supaya hati makwe/pakwe lembut dah x marah2. Pernah x kau fikir kenapa bergadoh (wlaupun ada sbb lain?) Apa yg sebabkan sebab lain tu terjadi. Pernah x fikir ini semua ujian ALLAH nak kau fikir balik, istikhamah diri. nak bercinta pun ada batasnya jgan smpai bnd yg wajib dilengah-lengahkan. macam lewatkan sembahyang, ibu ayah mintak tolong pun duk tangguh2 sbb khusyuk sgt main mesej dgan kekasih kononnya. See . Terlalu byak kan ALLAH bagi peluang untuk kita berubah. tapi kita je selalu x hargai peluang tu.

Aku bercakap ni untuk ingatan diri sendiri & orang lain . Kadang2 aku terpikir tahun depan dah umur 21. orang selalu cakap '' Alaaa relax la baru 21, muda lagi ''. sedar x makin tingkat usia makin dekat dengan kematian. Fikir2 balik banyak bnd pada diri aku ni kena baiki, ubah . Tapi itulah selalu hangat2 tahi ayam. Mcm pernah pulak aku pegang tahi ayam tu hangat dia mcm mane kan. korang pernah pegang x ?? gurau kasar je jgan amik hati :)

p/s : X sabar tggu tahun baru dgan perancangan hidup yang baru. hihihi


Monday, December 19, 2011

Awak, buat yang terbaik !

Assalamualaikum .

Walaupun kita jauh di mata, sedikit jauh di hati mungkin, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak. Saya tahu & saya ingat awak ada temuduga SPP (suruhanjaya perkhidmatan pelajaran) esok. Saya doakan segalanya berjalan lancar kerana ini menentukan masa depan awak, masa depan kita mungkin kalau jodoh berpihak pada kita. Saya doakan segala yang buruk dijauhkan supaya awak dapat hadir temuduga esok dengan tenang dan dapat jawab dengan baik. Doa saya sentiasa mengiringi awak. Best of luck sayang !



Saturday, December 17, 2011

Al - fatihah

Assalamualaikum

Setiap yang hidup pasti akan mati. Apa yang telah ditentukan adalah kehendakNya. Aku baru pulang dari hospital tadi. Pagi khamis yg lalu, aku diberitahu yang Along jiran sebelah telah bersalin. Her 1st baby sbb baru kahwin tahun lepas kan. Tp, mak dia ckp baby boy Along masuk ICU sbb ada komplikasi. So, ayah & ibu aku pun berhajat la nak melawat Along petang sabtu nnti. kirenye ptang ni lah. Yelah skrg dah 2 pagi. dah hari sabtu. Tapi, pukul 11 mlm hr jumaat (tadi), adik Along gtau ayah family diorang semua dah ke hospital sbb dpt call dari doktor suruh dtg hospital skrg jugak. keadaan baby makin kritikal. Ayah aku terus ajak ibu & aku pergi hospital. Setibanya di hospital, family Along & family suami dia dah berkumpul. Hanya sorang-sorang dibenarkan masuk ke ICU. lepas semua kaum kerabat Along dah masuk, aku pun masuk. Astaghfirullah, hanya tuhan je tahu mcm mana nak luruh hati aku bile tengok baby Along penuh dgan wayar2 sana-sini. Comel sangatttt, tahulah muka baby mcm mana kan. suci sangatt. Kesiannn yang teramat tengok baby tu. Kesian diaaa berwayar sana sini. Mase tuu, Along ada di sebelah baby dia, usap2 kaki baby tu. Mase tuu Along lemah sangat. Ibu mana kan yg x sedih tengok anak sendiri mcm tuu.

Tepat jam 12 malam doktor beritahu baby dah meninggal. Innalillah. Masa tu aku terus terbayang mcm mana Along nak hadapi semua ni. Anak pertama. Keterujaan nak smbut kelahiran ank pertama mmg lain. Walaupun aku xpernah lalui tp aku dpt rasakan. Ingat lagi minggu lepas tengok Along basuh baju2 baru yg beli ntuk baby dia, jemur tilam, bantal2 baby. Aku tahu sesedih mana aku, sedih lagi Along yg kehilangan anaknya sendiri. x sempat baby tu nak merasa susu ibu dia. Tapi aku tahu, anak dia nnti yg akan bawak Along masuk syurga insyaALLAH. Aku doakan semoga Along sekeluarga tabah & redha dengan apa yg berlaku. Ini semua suratanNya dan pasti ada hikmah sebalik semua ini.

InsyaALLAH pagi esok, baby Along akan dikebumikan. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

p/s : masih terbayang-bayang wajah baby Along