Sunday, March 31, 2013

DEJA VU

 
 
 
Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita
 
Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka
 
(chorus)
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang ku dambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta
 
Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi
 
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang ku dambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta
 
Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta

Friday, March 29, 2013

there will always be a tomorrow


setiap detik.setiap masa aku menanti sang pelangi yang entah bila nak kunjung tiba
setiap pagi aku bangun dengan harapan yang sama. dengan semangat yang baru.
dan....
setiap malam juga aku tidur dengan air mata yg xpernah berhenti mengharap.

menangislah hati. mengalirlah air mata
selagi mana mampu. selagi mana ia masih bersisa

bertahanlah untuk setiap esok
kerana selepas setiap malam yang paling pekat
matahari pasti akan kembali

BERTAHAN !

Tuesday, March 12, 2013

Janji Allah Itu Pasti

Hati kita Allah yang punya.
Hati dia jugak Allah yang punya.
Andai takdir hidup kita bersama,
Pasti Allah akan permudahkan jalannya.
Bukan hari ini, mungkin esok, mungkin hari seterusnya.
Hari itu ada cuma cepat atau lambat.
 
Bersabar & jangan sesekali berhenti berdoa & berharap
 

Thursday, March 7, 2013

lagi dan lagi

Aku menangis lagi.
Entah sudah berapa ratus kali.
 
Kenapa sukar untuk aku maafkan diri sendiri.
Walaupun orang lain telah aku maafi.
 
Berapa lama lagi harus aku begini.
Mengira detik, mengira hari.
 
Menanti hadirnya sang pelangi.
Yang entah bila hendak kunjung di sini

keikhlasan

Orang hanya akan judge kita melalui masa silam kita. Percayalah.
Bukan mudah untuk orang percaya & yakin untuk terima perubahan kita.
Tambah lagi orang yang pernah ada sejarah hidup dengan kita.
 
Bila kita x mampu kawal hati, kita serah pada Allah.
Kuasa Allah itu tinggi. Sekelip mata dia mampu ubah apa yang ada pada hati kita.
 
Xperlu kita lontarkan keikhlasan kita dalam meminta maaf.
Xperlu kita nyatakan keikhlasan dalam apa-apa tindakan.
Dalam apa-apa keputusan.
 
Makin hari aku makin diuji.
Kini aku pula rasa ape yang kau rasa.
Jika sebelum ini kau dituduh macam-macam,
kini aku pula dituduh sebegitu.
 
Biarlah. Aku sudah tidak mampu untuk berkata-kata.
Aku serahkan semuanya pada Yang Satu.

Saturday, March 2, 2013

Penenang Jiwa

Bismillah.
 
Hmmm sudah terlalu lama aku tinggalkan Quran. Ya Allah baru kini aku sedar betapa jauh aku menyimpang.
 
Jika selama ini aku rasa aku bahagia.Aku silap.Bahagia tanpa keberkatan & redhaNya hanyalah sementara.
Tidak punya apa-apa makna.
 
Terima kasih Allah kerana sentiasa memberi peluang, memberi ruang untuk aku kenang segala kesilapan yang telah aku lakukan.
 
Hidup tanpa redhaNya hanyalah sia-sia.
 
Bahagia sesama manusia datang dari Allah. Maka berbahagialah dahulu bersamaNya.
 
Tiba masa untuk betulkan diri. Persiapkan diri.
"Ruang yang paling besar ialah ruang untuk berubah"
 
Kini, dia & DIA beri aku ruang. ruang untuk betulkan diri. kembali kepada yang nyata.
 
In sha Allah, doa saya sentiasa ada untuk awak sebab saya yakin sesuatu keajaiban boleh berlaku dengan izin dariNya.
 
p/s : Alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk baca quran malam ni. Tenanglah wahai hati