Penenang Jiwa
Bismillah.
Hmmm sudah terlalu lama aku tinggalkan Quran. Ya Allah baru kini aku sedar betapa jauh aku menyimpang.
Jika selama ini aku rasa aku bahagia.Aku silap.Bahagia tanpa keberkatan & redhaNya hanyalah sementara.
Tidak punya apa-apa makna.
Terima kasih Allah kerana sentiasa memberi peluang, memberi ruang untuk aku kenang segala kesilapan yang telah aku lakukan.
Hidup tanpa redhaNya hanyalah sia-sia.
Bahagia sesama manusia datang dari Allah. Maka berbahagialah dahulu bersamaNya.
Tiba masa untuk betulkan diri. Persiapkan diri.
"Ruang yang paling besar ialah ruang untuk berubah"
Kini, dia & DIA beri aku ruang. ruang untuk betulkan diri. kembali kepada yang nyata.
In sha Allah, doa saya sentiasa ada untuk awak sebab saya yakin sesuatu keajaiban boleh berlaku dengan izin dariNya.
p/s : Alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk baca quran malam ni. Tenanglah wahai hati
No comments:
Post a Comment