Assalamualaikum semua!
Aku masih dalam mood bercuti & sememangnya tengah menghabiskan cuti semester dengan bermalasan di rumah & mengumpul lebih banyak lemak. haha
Dalam bilik keseorangan. Ibu ayah keje. Adik2 keluar.
On laptop & terus blogwalking. Aku baca balik semua entry-entry lama semasa zaman aku mula berjinak dengan blogger.com
2009
4 tahun yang lepas..
Bila aku baca balik semua entry & komen2 lepas baru aku sedar yang aku ramai kawan2 di alam maya. I mean kawan2 yang xpernah berjumpa, x pernah bertukar no telefon & hanya contact through blog. TAPI they are very understanding. Masa aku tengah kerisauan nak sambung belajar kat uitm shah alam, ramai yang bg moral support. Masa aku tengah buat keputusan nak stay uitm or continue ke maktab ramai bagi aku pandangan & nasihat.
Dulu, aku sentiasa bersemangat nak update. Kalau boleh hari2 sebab akan ada je kawan2 blogger lain yang bagi respon & sejak aku sambung belajar kat uitm akan ada kawan blogger yang sentiasa suruh aku update life aku kat uitm. Paling kurang pun seminggu sekali aku kena update.
Tapi x tahu kenapa, mana silapnya. Sejak aku quit uitm & further study dekat maktab aku jarang sangat update entry pasal life kat maktab. Mungkin the 1st thing sebab aku x suka belajar kat maktab (masa itu) & x semangat nak bercerita di blog. Kedua, line internet dekat maktab sangat slow even tengah KL. Ketiga mungkin skill aku update entry dah x menarik. haha. Sejak masuk maktab aku dah jarang blogwalking & keep contacting dengan kawan2 blogger yang awal2 aku kenal masa mula berblog.
Hasilnya sekarang aku rasa macam dah xde kawan blogger. Sejak bila aku dah x perasan follower dah x meningkat & aku rasa dah xda orang baca blog aku melainkan aku sendiri yang baca. hahaha
Mungkin juga masa kat maktab aku lebih banyak share kesedihan je kat blog ni dari berkongsi life aku & orang pun meluat nak baca dah.
Yes, blog aku memang aku x suka untuk tatapan umum, but i miss the old time (2009)
& aku rindu zaman myspace! facebook sekarang dah x best! haha
K bye.