Assalamualaikum...
11.12.13
cantik tarikh ni kan?
:)
Sempena tarikh cantik ni aku nak confess sesuatu. cewahhh. over sangattt.
Alhamdulillah dengan izin Allah aku dah dapat redha dengan apa yang terjadi. Aku amik keputusan untuk move on. Actually bukan baru hari ni aku dah move on sejak bulan lepas lagi tapi xde mase nak update.
Last month aku pergi membawa diri ke Indonesia selama 5 hari. Memang tujuan pergi nak vacation dengan kawan-kawan tapi dah kebetulan tahun ni aku banyak sangat mengalami masalah hati jiwa dan sebagainya so aku decided untuk pergi menenangkan hati.
Alhamdulillah, sampai kat sana aku dah buang segala kesedihan, kekecewaan, segala harapan jauh-jauh. Masa kat Tangkuban Parahu tu aku dah buang semua perasaan yang x baik yang dah lama mendiami hati aku.
Aku dah bertekad taknak lagi pandang ke belakang. Hidup mesti diteruskan. Sampai bila kan aku nak terus bersedih, layan perasaan yang langsung x membantu aku :)
Sekarang aku dah dapat senyum dengan sepenuh dan seikhlas hati. Memang selama ni segala senyuman aku hanyalah terpaksa untuk sorok rasa sakit di hati. Tapi lepas amik keputusan untuk move on aku dah dapat senyum pada diri sendiri. :)
Betul. Time is the best machine.
Masa yang merawat segala sakit di hati. Masa dah tentukan segalanya.
Selagi kita tak mula, selagi itu kita takkan tahu kita akan berjaya.
At first, memang aku rasa aku xboleh langsung nak move on. Lama jugak aku mengalami konflik dalaman ni.
Tapi bila aku tekad jugak nak move on, everything went well dengan bantuan Allah. Memang aku sandarkan sepenuhnya kat Dia. Memang amik masa. But better ada dari x ada langsung kan?
Tengok pada background blog aku bunga-bunga kan? Macam tu la kehidupan aku sekarang. Berbunga-bunga :) dengan kehadiran orang-orang yang aku sayang. Lebih baik aku hargai mereka yang sentiasa hargai aku dari mengharap dan menunggu pada orang yang dah xboleh lagi nak hargai aku kan?
Jadi, jangan takut untuk senyum :)
There will always be a tomorrow
No comments:
Post a Comment