Saturday, December 31, 2011

Last entry ketika berumur 20 tahun :)

Assalamualaikum :)

Semua orang dah tahu kan esok kita akan memasuki tahun baru . 2012 . Tahun ini, 2011 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Selama 12 bulan berada dalam tahun 2011, mmg terlalu banyak bnd yang dh dibuat, terlalu byk bnd yg dah dilalui, kenangan manis, kurang manis, pahit, tawar, masam semua ada. Hehe. Tetapi aku xkan terus pandang ke belakang & menghadapi masa hadapan dengan senyuman.

Masa nak masuk tahun 2011, aku berniat nak jadi matang. Yelah dah berumur 20 tahun kan. Tapi aku rasa tahap pemikiran aku mungkin ada la siket matangnye, tapi action or tindakan aku x matang. Lgsung x aku rasa. Masih dalam kepompong sendiri. Aku sebenarnya x sabar nak masuk tahun hadapan sbb nak tinggalkan segala kesedihan dlm tahun 2011. :) Nak mulakan yang baru dengan azam baru sudah semestinya.

Aku rasa x perlu kot aku senaraikan kat sini apa azam baru aku. hehe. Mcm la ade org nak tahu :p Tapi sejak maal hijrah lagi aku dah kumpul semua azam2 tu. :) Aku akan cuba sedaya upaya nak realisasikannya. Cewahhhh. doakan aku ye :) Aku pun turut doakan semua insan kat bumi ALLAH ni, dpt merealisasikan azam baru masing2.

Alhamdulillah, sampai ke sekarang, aku sudah dilembutkan hati olehNya untuk memaafkan kesalahan @ kesilapan yang telah dilakukan oleh orang2 tertentu dalam hidup aku. Mmg tahun ini byk sgt bnd yg aku lalui. Byk bnd berlaku. Dan kalau boleh aku dah xnak ingat apa yang pernah berlaku. dan aku harap pada sesiapa yang baca @ terbaca blog ni dapat memaafkan semua kesalahan aku terhadap korang. Aku akui, kdang2 tindakan aku tu aku buat tanpa memikirkan hati, perasaan dan maruah org lain. Dengan rasa rendah diri, aku nak mohon maaf dekatt semua orang yang pernah aku sakiti :) Aku tahu, ada orang yang aku sakiti xkan pernah baca blog ni, tapi aku sentiasa berdoa kepada ALLAH semoga beliau, beliau, beliau, dan beliau beliau beliau dilembutkan hati untuk memaafkan aku. :( Let's start all over again.



p/s : bila dah masuk 2012, tggal lagi 4 tahun nak kawen. Yeayyy ! (gatai)

Wednesday, December 28, 2011

Wednesday, December 21, 2011

Tuesday, December 20, 2011

Korang pernah terfikir x.... ?

Assalamualaikum :)

Orang selalu cakap ALLAH uji kita sebab ALLAH sayang kita . Bnd ni mmg x boleh nak disangkal lagi kan sbb nya aku dah banyak kali lalui . Aku rasa org lain pun sama . Xda siape pun yg pernah terlepas dari diuji kan sbb ALLAH sayang dekatt semua umatnya :) Kadang2 aku rasa mcm sgt loser sbb ALLAH bagi aku terlalu banyak peluang tapi aku susah sangatt nak hargai . & normally aku akan sedar & cakap " owh, aku ada buat slh ni, sbb tu ALLAH uji mcm ni . Aku kena berubah lepas ni " & & kata-kata tu mmg bertahan untuk 24 jam je. Bila ALLAH dah pinjamkan beberapa kebahagiaan untuk aku, mulalah lupa diri . Pernah x korang terfikir.......

Situasi 1
Hari ini kita terlalu megah sbb ramai kawan2 yg backup kita . Contohnya, hari ni kita duk pung pang pung pang mengutuk & mengate kwn dlm dorm yg kita x suka . cerita dekat classmate yang kau rase mcm soulmate. tup tup hari berikutnya tiba-tiba kau rasa mcm kau disisihkan oleh kwn2 yg kau duk seronok mengumpat sama tu . wlaupun hakikatnya diorang x sisihkan kau pun, tp kau je yg berperasaan mcm tu . kdang2 tuhan saja bg kau rasa mcm tu supaya kau boleh pikir apa dosa yang kau dah buat, dgan hrpan kau berhenti mengumpat . Ada kan rasa mcm tuu ?

Situasi 2
Minggu tu kau bahagia sgt dengan makwe/pakwe kau . Tgok cerita tentang dhia kau bayangkan Zikir tu pakwe kau xpun bayangkan Dhia tu awek kau. tgok org lalu lalang depan rumah pun dah ternampak-nampak makwe/pakwe kau. Kira mcm tgah hangat bercinta la konon. Rindu sana rindu sini. Tup tup xde angin xde ribut kau bergaduh dengan makwe/pakwe kau. berhari-hari jugaklah x bermesej. Bagi yg cepat sedar diri tu mula lah berdoa dekat tuhan supaya hati makwe/pakwe lembut dah x marah2. Pernah x kau fikir kenapa bergadoh (wlaupun ada sbb lain?) Apa yg sebabkan sebab lain tu terjadi. Pernah x fikir ini semua ujian ALLAH nak kau fikir balik, istikhamah diri. nak bercinta pun ada batasnya jgan smpai bnd yg wajib dilengah-lengahkan. macam lewatkan sembahyang, ibu ayah mintak tolong pun duk tangguh2 sbb khusyuk sgt main mesej dgan kekasih kononnya. See . Terlalu byak kan ALLAH bagi peluang untuk kita berubah. tapi kita je selalu x hargai peluang tu.

Aku bercakap ni untuk ingatan diri sendiri & orang lain . Kadang2 aku terpikir tahun depan dah umur 21. orang selalu cakap '' Alaaa relax la baru 21, muda lagi ''. sedar x makin tingkat usia makin dekat dengan kematian. Fikir2 balik banyak bnd pada diri aku ni kena baiki, ubah . Tapi itulah selalu hangat2 tahi ayam. Mcm pernah pulak aku pegang tahi ayam tu hangat dia mcm mane kan. korang pernah pegang x ?? gurau kasar je jgan amik hati :)

p/s : X sabar tggu tahun baru dgan perancangan hidup yang baru. hihihi


Monday, December 19, 2011

Awak, buat yang terbaik !

Assalamualaikum .

Walaupun kita jauh di mata, sedikit jauh di hati mungkin, saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat awak. Saya tahu & saya ingat awak ada temuduga SPP (suruhanjaya perkhidmatan pelajaran) esok. Saya doakan segalanya berjalan lancar kerana ini menentukan masa depan awak, masa depan kita mungkin kalau jodoh berpihak pada kita. Saya doakan segala yang buruk dijauhkan supaya awak dapat hadir temuduga esok dengan tenang dan dapat jawab dengan baik. Doa saya sentiasa mengiringi awak. Best of luck sayang !



Saturday, December 17, 2011

Al - fatihah

Assalamualaikum

Setiap yang hidup pasti akan mati. Apa yang telah ditentukan adalah kehendakNya. Aku baru pulang dari hospital tadi. Pagi khamis yg lalu, aku diberitahu yang Along jiran sebelah telah bersalin. Her 1st baby sbb baru kahwin tahun lepas kan. Tp, mak dia ckp baby boy Along masuk ICU sbb ada komplikasi. So, ayah & ibu aku pun berhajat la nak melawat Along petang sabtu nnti. kirenye ptang ni lah. Yelah skrg dah 2 pagi. dah hari sabtu. Tapi, pukul 11 mlm hr jumaat (tadi), adik Along gtau ayah family diorang semua dah ke hospital sbb dpt call dari doktor suruh dtg hospital skrg jugak. keadaan baby makin kritikal. Ayah aku terus ajak ibu & aku pergi hospital. Setibanya di hospital, family Along & family suami dia dah berkumpul. Hanya sorang-sorang dibenarkan masuk ke ICU. lepas semua kaum kerabat Along dah masuk, aku pun masuk. Astaghfirullah, hanya tuhan je tahu mcm mana nak luruh hati aku bile tengok baby Along penuh dgan wayar2 sana-sini. Comel sangatttt, tahulah muka baby mcm mana kan. suci sangatt. Kesiannn yang teramat tengok baby tu. Kesian diaaa berwayar sana sini. Mase tuu, Along ada di sebelah baby dia, usap2 kaki baby tu. Mase tuu Along lemah sangat. Ibu mana kan yg x sedih tengok anak sendiri mcm tuu.

Tepat jam 12 malam doktor beritahu baby dah meninggal. Innalillah. Masa tu aku terus terbayang mcm mana Along nak hadapi semua ni. Anak pertama. Keterujaan nak smbut kelahiran ank pertama mmg lain. Walaupun aku xpernah lalui tp aku dpt rasakan. Ingat lagi minggu lepas tengok Along basuh baju2 baru yg beli ntuk baby dia, jemur tilam, bantal2 baby. Aku tahu sesedih mana aku, sedih lagi Along yg kehilangan anaknya sendiri. x sempat baby tu nak merasa susu ibu dia. Tapi aku tahu, anak dia nnti yg akan bawak Along masuk syurga insyaALLAH. Aku doakan semoga Along sekeluarga tabah & redha dengan apa yg berlaku. Ini semua suratanNya dan pasti ada hikmah sebalik semua ini.

InsyaALLAH pagi esok, baby Along akan dikebumikan. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

p/s : masih terbayang-bayang wajah baby Along

Thursday, December 15, 2011

Apa itu blog freebies ?

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni bila tahap kebosanan melampau-lampau menguasai diri aku yang sedang bercuti semester ni, hari2 aku blogwalking. Mula-mula bila on laptop, aku akan terus blogwalking dahulu baru lah on fb. Mmg skrg fb seakan-akan membosankan & aku lihat skrg ramai orang lebih prefer twitter &&& hati aku belum terbuka lagi untuk create account twitter. Nanti2 lah.

Makin banyak aku blogwalking makin banyak aku tengok idea2 org laen yg sgt kreatif dlm bab menghias blog diorang tu. Ada yg simple, ada yg comel2, ada yg cool, ada yg romantik2, ada yg scary, yg serabut pun ada ! Oppssss. citarasa setiap org kan berbeza ! :) Okayy. sekarang aku nak cerita pasal blog freebies. Actually aku pun baru tahu bnd ni, maybe bnd ni dah lame. Aku pun x berape nak tahu kan. tp aku amat tertarik dgan blog freebies ni. mmg salute la pd mereka yg mmg terer create blogskins sendiri2. Bile dah tgok blogskins yg comel2, tibe2 aku terpanggil ntuk reke sendiri pulak. Tp ilmu aku psl bnd ni mmg zero. Mcm menarik pulak kan bila belajar, baca sana sini, teroka sana teroka sini untuk dapatkan sesuatu.

Aku rasa mcm satu kepuasan bila dpt edit blog sendiri mengikut citarasa kita sendiri :) aku dah rasakan kepuasannya skrg & aku pasti klau aku dpt buat blogskins sndiri lagii puas beb ! Mmg kena pergi berguru mcm ni ;)

Plan cuti ni nak struggle mcm kat atas sbb nak tick kat wishlist berat 45kg. Tp skrg mcm kena struggle nak belajar buat blogskin pulakk. :0

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday # 3

Rindu yg teramat sangatt untuk berfoya-foya bersama MEREKA !

Tuesday, December 13, 2011

Semangat Membara !!!

Assalamualaikum.

Apa khabar orang kampung ? ececeh bajet mcm satu kampung bace. ntah 10 orang pun xsmpai. Ok, never mind :)

Kalau sape2 yg pernah singgah blog aku before ni, mesti perasan yang aku dah ubah hampir keseluruhan blog aku. Aku edit sbb nak nmpk lebih matang walaupun hakikatnya aku x matang sangatt. hihi. Dua hari jugak la aku baru siap edit blog ni. Setakat ni, aku rase ini yang mampu aku buat walaupun simple & x hebat, xlawa, x gorgeousss gituu mcm org lain. But, for me. aku dah buat yang terbaek. Aku bangga dengan hasil usaha aku sendiri. kenape ? mengapa ? sebabbb aku edit tanpa bantuan org lain. buat sendiri try & error. bukan nak berlagak, bukan nak riak. Bukannye, 1st try teruss jadi. Paling cepat 3x try. So, mmg berpuluh-puluh kali la aku try untuk edit setiap sudut dekatt blog aku ni. Mmg sgt susah bile bermain dengan code2 apa bagai especially bila nak kena edit html. kalau add gadget je senang. bab nak edit html tuu kalau satu huruf je kau silap, habisss semua. gaya xnak kalah aku ni cerita. bab nak pilih template tuu x payah cakap laa. nak dekat 5x jugakk la aku duk tukar2. dah siap semua, renung2 ada lagi x puas hati. tuka balek template. bile dah tukar template tu mmg cite die kena edit semua balek kau tahu.

Cube tgok header aku tu. haha. Firstttt time okay first time aku buat header sendiri. sebab ape? sebab xde duit nak tempah kat orang. before ni aku punye header aku tempah kat junior sekolah aku dulu. Izzati Jazmin nama dia. tapi pggil Jasz je. kalau nak tempah header kat die boleh klik sini. Blog dia pun aku tengok selalu je bertukar wajah. Haaa berbalek pada cerita header, terkial-kial aku guna photoshop kau tahu. aku xpernah guna photoshop. harapp je ade dlm laptop. Mmg terkial-kial nak guna. klik sana, klik sini. berjuta-juta kali xjadi. haha menipuu je. Aku rase kalau korang x terer pasal photoshop pun korang boleh nmpk berkeriuk-keriuk, senget benget aku crop gmbar tuuu. Dahhh, xpayah tengok lame2 !





My header before. Created by Jazmin

Gambar2 dalam header aku tu gmbar mase aku pergi photoshoot dekatt Taman Jepun, Ipoh. Haha photoshoot la sangatt. sorryy aku ni xde bakat dalam modelling sbb tu Imie kate keras je bile aku posing. haha. kalau nak tengok gambar yang lain boleh tengok dekatt Rahimi's Gallery .
Actually malam tadi dah siap edit blog tapi bukan yg ini, yg laen. aku bg Imie tengok2 dulu then die bagi komen2 yg membina. So, aku edit balek semua smpai stay up kul 2 pagi malam tadi, smbung balek pagi tadi. maka lahirlah blog yg korang tgah bace skrg ni.

Ini antara koleksi gambar2 dari Imie. Cantik kan ? Dia ni salah seorang kawan baik aku dari sekolah rendah lagi smpai sekarang selain dua orang minah dalam gambar2 ni. hehe. Jgan mara ye Sya & Myraa.





Imie ni dah on his way to be profesional kameremer *bak kata Afis* haha. Hasil gmbar2 yg dia dah tangkap korang semua boleh tengok dalam blog dia yg aku dah link kan tadi kat nama dia. Yang terbaru kalau x silap aku dia dpt job untuk wedding kkk dia sendiri. Tp aku rase die x siap lagi kott cutomize album kkk dia tuu. Gmbar aku pi kenduri tu pun aku xdpt2 lagi. hikhik. So, kat sini aku nak tolong promotekan la hasil kerja beliau. Kalau ada sape2 yg berminat atau tertarik dengan hasil kerja die boleh terus contact dia ok. :)

Aku harap dengan wajah baru blog aku ni akan lebih bagi aku semangat untuk rajin update blog pada masa akan datang. tu diaaa ayat bakal cikgu ! Ok, bye !

Thursday, December 1, 2011

RINDU tahu ?

Assalamualaikum ! X jawab dosa, jawab sayang. okayyy mcm maria elena pulakk

Just a short post today. Dekatt fb semua pakat cakap pasal cerita OMBAK RINDU yang baru ditayangkan hari ni. Malam tadiiii baru SA ckp pasal movie ni because dia pernah baca this novel before. :) Mcm LBS jugak dia dah pernah baca. kalah aku yg kononnya duluu kaki novel kan. Bila SA cakap pasal OMBAK RINDU ni, rase sedikit terkilan dan sedih jugak laaa sebab x dapat tengok cerita ni bersama-sama. Sebelum ni kalau dekatt kL, both of us akan jadi golongan yg pertama tengok all kinds of movies yg baru keluar. kirenye on date la kan. selalunya sehari or 2 hari before keluar ape2 cerita yg box office kitorang mesti dah sibuk on9 tengok GSC mane yg masih byk sit kosong, nak tengok pukul brape, kat mane... bile..... Ishhhhh rindunya mcm tuuu. sekarang cutiii so x boleh laa. lagi pun SA tgah busy sekarang sebab kenduri kawen kak ngah dia. Kalau ada kat kL sekarang ni mesti malam ni pergi tengok OMBAK RINDU :( nak ajak membe2 kat ipoh dah ramai balek U balek. last2 nnti g tengok dgan adik. Alaaaaa malu laaa nak feeling2 tengok cite tuu, nak nangis2 ape semua. hihihihi. Sebenarnye tujuan tulis ni sebenarnye nak cakap yang sebenarnya aku rindu SA. tuuu jeeeee. Okay, gedikk. Bye !