Assalamualaikum
Setiap yang hidup pasti akan mati. Apa yang telah ditentukan adalah kehendakNya. Aku baru pulang dari hospital tadi. Pagi khamis yg lalu, aku diberitahu yang Along jiran sebelah telah bersalin. Her 1st baby sbb baru kahwin tahun lepas kan. Tp, mak dia ckp baby boy Along masuk ICU sbb ada komplikasi. So, ayah & ibu aku pun berhajat la nak melawat Along petang sabtu nnti. kirenye ptang ni lah. Yelah skrg dah 2 pagi. dah hari sabtu. Tapi, pukul 11 mlm hr jumaat (tadi), adik Along gtau ayah family diorang semua dah ke hospital sbb dpt call dari doktor suruh dtg hospital skrg jugak. keadaan baby makin kritikal. Ayah aku terus ajak ibu & aku pergi hospital. Setibanya di hospital, family Along & family suami dia dah berkumpul. Hanya sorang-sorang dibenarkan masuk ke ICU. lepas semua kaum kerabat Along dah masuk, aku pun masuk. Astaghfirullah, hanya tuhan je tahu mcm mana nak luruh hati aku bile tengok baby Along penuh dgan wayar2 sana-sini. Comel sangatttt, tahulah muka baby mcm mana kan. suci sangatt. Kesiannn yang teramat tengok baby tu. Kesian diaaa berwayar sana sini. Mase tuu, Along ada di sebelah baby dia, usap2 kaki baby tu. Mase tuu Along lemah sangat. Ibu mana kan yg x sedih tengok anak sendiri mcm tuu.
Tepat jam 12 malam doktor beritahu baby dah meninggal. Innalillah. Masa tu aku terus terbayang mcm mana Along nak hadapi semua ni. Anak pertama. Keterujaan nak smbut kelahiran ank pertama mmg lain. Walaupun aku xpernah lalui tp aku dpt rasakan. Ingat lagi minggu lepas tengok Along basuh baju2 baru yg beli ntuk baby dia, jemur tilam, bantal2 baby. Aku tahu sesedih mana aku, sedih lagi Along yg kehilangan anaknya sendiri. x sempat baby tu nak merasa susu ibu dia. Tapi aku tahu, anak dia nnti yg akan bawak Along masuk syurga insyaALLAH. Aku doakan semoga Along sekeluarga tabah & redha dengan apa yg berlaku. Ini semua suratanNya dan pasti ada hikmah sebalik semua ini.
InsyaALLAH pagi esok, baby Along akan dikebumikan. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.
p/s : masih terbayang-bayang wajah baby Along
No comments:
Post a Comment