Showing posts with label cikwawa gedik sebentar(;. Show all posts
Showing posts with label cikwawa gedik sebentar(;. Show all posts

Saturday, December 31, 2011

Last entry ketika berumur 20 tahun :)

Assalamualaikum :)

Semua orang dah tahu kan esok kita akan memasuki tahun baru . 2012 . Tahun ini, 2011 bakal melabuhkan tirai tidak lama lagi. Selama 12 bulan berada dalam tahun 2011, mmg terlalu banyak bnd yang dh dibuat, terlalu byk bnd yg dah dilalui, kenangan manis, kurang manis, pahit, tawar, masam semua ada. Hehe. Tetapi aku xkan terus pandang ke belakang & menghadapi masa hadapan dengan senyuman.

Masa nak masuk tahun 2011, aku berniat nak jadi matang. Yelah dah berumur 20 tahun kan. Tapi aku rasa tahap pemikiran aku mungkin ada la siket matangnye, tapi action or tindakan aku x matang. Lgsung x aku rasa. Masih dalam kepompong sendiri. Aku sebenarnya x sabar nak masuk tahun hadapan sbb nak tinggalkan segala kesedihan dlm tahun 2011. :) Nak mulakan yang baru dengan azam baru sudah semestinya.

Aku rasa x perlu kot aku senaraikan kat sini apa azam baru aku. hehe. Mcm la ade org nak tahu :p Tapi sejak maal hijrah lagi aku dah kumpul semua azam2 tu. :) Aku akan cuba sedaya upaya nak realisasikannya. Cewahhhh. doakan aku ye :) Aku pun turut doakan semua insan kat bumi ALLAH ni, dpt merealisasikan azam baru masing2.

Alhamdulillah, sampai ke sekarang, aku sudah dilembutkan hati olehNya untuk memaafkan kesalahan @ kesilapan yang telah dilakukan oleh orang2 tertentu dalam hidup aku. Mmg tahun ini byk sgt bnd yg aku lalui. Byk bnd berlaku. Dan kalau boleh aku dah xnak ingat apa yang pernah berlaku. dan aku harap pada sesiapa yang baca @ terbaca blog ni dapat memaafkan semua kesalahan aku terhadap korang. Aku akui, kdang2 tindakan aku tu aku buat tanpa memikirkan hati, perasaan dan maruah org lain. Dengan rasa rendah diri, aku nak mohon maaf dekatt semua orang yang pernah aku sakiti :) Aku tahu, ada orang yang aku sakiti xkan pernah baca blog ni, tapi aku sentiasa berdoa kepada ALLAH semoga beliau, beliau, beliau, dan beliau beliau beliau dilembutkan hati untuk memaafkan aku. :( Let's start all over again.



p/s : bila dah masuk 2012, tggal lagi 4 tahun nak kawen. Yeayyy ! (gatai)

Tuesday, December 20, 2011

Korang pernah terfikir x.... ?

Assalamualaikum :)

Orang selalu cakap ALLAH uji kita sebab ALLAH sayang kita . Bnd ni mmg x boleh nak disangkal lagi kan sbb nya aku dah banyak kali lalui . Aku rasa org lain pun sama . Xda siape pun yg pernah terlepas dari diuji kan sbb ALLAH sayang dekatt semua umatnya :) Kadang2 aku rasa mcm sgt loser sbb ALLAH bagi aku terlalu banyak peluang tapi aku susah sangatt nak hargai . & normally aku akan sedar & cakap " owh, aku ada buat slh ni, sbb tu ALLAH uji mcm ni . Aku kena berubah lepas ni " & & kata-kata tu mmg bertahan untuk 24 jam je. Bila ALLAH dah pinjamkan beberapa kebahagiaan untuk aku, mulalah lupa diri . Pernah x korang terfikir.......

Situasi 1
Hari ini kita terlalu megah sbb ramai kawan2 yg backup kita . Contohnya, hari ni kita duk pung pang pung pang mengutuk & mengate kwn dlm dorm yg kita x suka . cerita dekat classmate yang kau rase mcm soulmate. tup tup hari berikutnya tiba-tiba kau rasa mcm kau disisihkan oleh kwn2 yg kau duk seronok mengumpat sama tu . wlaupun hakikatnya diorang x sisihkan kau pun, tp kau je yg berperasaan mcm tu . kdang2 tuhan saja bg kau rasa mcm tu supaya kau boleh pikir apa dosa yang kau dah buat, dgan hrpan kau berhenti mengumpat . Ada kan rasa mcm tuu ?

Situasi 2
Minggu tu kau bahagia sgt dengan makwe/pakwe kau . Tgok cerita tentang dhia kau bayangkan Zikir tu pakwe kau xpun bayangkan Dhia tu awek kau. tgok org lalu lalang depan rumah pun dah ternampak-nampak makwe/pakwe kau. Kira mcm tgah hangat bercinta la konon. Rindu sana rindu sini. Tup tup xde angin xde ribut kau bergaduh dengan makwe/pakwe kau. berhari-hari jugaklah x bermesej. Bagi yg cepat sedar diri tu mula lah berdoa dekat tuhan supaya hati makwe/pakwe lembut dah x marah2. Pernah x kau fikir kenapa bergadoh (wlaupun ada sbb lain?) Apa yg sebabkan sebab lain tu terjadi. Pernah x fikir ini semua ujian ALLAH nak kau fikir balik, istikhamah diri. nak bercinta pun ada batasnya jgan smpai bnd yg wajib dilengah-lengahkan. macam lewatkan sembahyang, ibu ayah mintak tolong pun duk tangguh2 sbb khusyuk sgt main mesej dgan kekasih kononnya. See . Terlalu byak kan ALLAH bagi peluang untuk kita berubah. tapi kita je selalu x hargai peluang tu.

Aku bercakap ni untuk ingatan diri sendiri & orang lain . Kadang2 aku terpikir tahun depan dah umur 21. orang selalu cakap '' Alaaa relax la baru 21, muda lagi ''. sedar x makin tingkat usia makin dekat dengan kematian. Fikir2 balik banyak bnd pada diri aku ni kena baiki, ubah . Tapi itulah selalu hangat2 tahi ayam. Mcm pernah pulak aku pegang tahi ayam tu hangat dia mcm mane kan. korang pernah pegang x ?? gurau kasar je jgan amik hati :)

p/s : X sabar tggu tahun baru dgan perancangan hidup yang baru. hihihi


Thursday, December 15, 2011

Apa itu blog freebies ?

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni bila tahap kebosanan melampau-lampau menguasai diri aku yang sedang bercuti semester ni, hari2 aku blogwalking. Mula-mula bila on laptop, aku akan terus blogwalking dahulu baru lah on fb. Mmg skrg fb seakan-akan membosankan & aku lihat skrg ramai orang lebih prefer twitter &&& hati aku belum terbuka lagi untuk create account twitter. Nanti2 lah.

Makin banyak aku blogwalking makin banyak aku tengok idea2 org laen yg sgt kreatif dlm bab menghias blog diorang tu. Ada yg simple, ada yg comel2, ada yg cool, ada yg romantik2, ada yg scary, yg serabut pun ada ! Oppssss. citarasa setiap org kan berbeza ! :) Okayy. sekarang aku nak cerita pasal blog freebies. Actually aku pun baru tahu bnd ni, maybe bnd ni dah lame. Aku pun x berape nak tahu kan. tp aku amat tertarik dgan blog freebies ni. mmg salute la pd mereka yg mmg terer create blogskins sendiri2. Bile dah tgok blogskins yg comel2, tibe2 aku terpanggil ntuk reke sendiri pulak. Tp ilmu aku psl bnd ni mmg zero. Mcm menarik pulak kan bila belajar, baca sana sini, teroka sana teroka sini untuk dapatkan sesuatu.

Aku rasa mcm satu kepuasan bila dpt edit blog sendiri mengikut citarasa kita sendiri :) aku dah rasakan kepuasannya skrg & aku pasti klau aku dpt buat blogskins sndiri lagii puas beb ! Mmg kena pergi berguru mcm ni ;)

Plan cuti ni nak struggle mcm kat atas sbb nak tick kat wishlist berat 45kg. Tp skrg mcm kena struggle nak belajar buat blogskin pulakk. :0

Tuesday, December 13, 2011

Semangat Membara !!!

Assalamualaikum.

Apa khabar orang kampung ? ececeh bajet mcm satu kampung bace. ntah 10 orang pun xsmpai. Ok, never mind :)

Kalau sape2 yg pernah singgah blog aku before ni, mesti perasan yang aku dah ubah hampir keseluruhan blog aku. Aku edit sbb nak nmpk lebih matang walaupun hakikatnya aku x matang sangatt. hihi. Dua hari jugak la aku baru siap edit blog ni. Setakat ni, aku rase ini yang mampu aku buat walaupun simple & x hebat, xlawa, x gorgeousss gituu mcm org lain. But, for me. aku dah buat yang terbaek. Aku bangga dengan hasil usaha aku sendiri. kenape ? mengapa ? sebabbb aku edit tanpa bantuan org lain. buat sendiri try & error. bukan nak berlagak, bukan nak riak. Bukannye, 1st try teruss jadi. Paling cepat 3x try. So, mmg berpuluh-puluh kali la aku try untuk edit setiap sudut dekatt blog aku ni. Mmg sgt susah bile bermain dengan code2 apa bagai especially bila nak kena edit html. kalau add gadget je senang. bab nak edit html tuu kalau satu huruf je kau silap, habisss semua. gaya xnak kalah aku ni cerita. bab nak pilih template tuu x payah cakap laa. nak dekat 5x jugakk la aku duk tukar2. dah siap semua, renung2 ada lagi x puas hati. tuka balek template. bile dah tukar template tu mmg cite die kena edit semua balek kau tahu.

Cube tgok header aku tu. haha. Firstttt time okay first time aku buat header sendiri. sebab ape? sebab xde duit nak tempah kat orang. before ni aku punye header aku tempah kat junior sekolah aku dulu. Izzati Jazmin nama dia. tapi pggil Jasz je. kalau nak tempah header kat die boleh klik sini. Blog dia pun aku tengok selalu je bertukar wajah. Haaa berbalek pada cerita header, terkial-kial aku guna photoshop kau tahu. aku xpernah guna photoshop. harapp je ade dlm laptop. Mmg terkial-kial nak guna. klik sana, klik sini. berjuta-juta kali xjadi. haha menipuu je. Aku rase kalau korang x terer pasal photoshop pun korang boleh nmpk berkeriuk-keriuk, senget benget aku crop gmbar tuuu. Dahhh, xpayah tengok lame2 !





My header before. Created by Jazmin

Gambar2 dalam header aku tu gmbar mase aku pergi photoshoot dekatt Taman Jepun, Ipoh. Haha photoshoot la sangatt. sorryy aku ni xde bakat dalam modelling sbb tu Imie kate keras je bile aku posing. haha. kalau nak tengok gambar yang lain boleh tengok dekatt Rahimi's Gallery .
Actually malam tadi dah siap edit blog tapi bukan yg ini, yg laen. aku bg Imie tengok2 dulu then die bagi komen2 yg membina. So, aku edit balek semua smpai stay up kul 2 pagi malam tadi, smbung balek pagi tadi. maka lahirlah blog yg korang tgah bace skrg ni.

Ini antara koleksi gambar2 dari Imie. Cantik kan ? Dia ni salah seorang kawan baik aku dari sekolah rendah lagi smpai sekarang selain dua orang minah dalam gambar2 ni. hehe. Jgan mara ye Sya & Myraa.





Imie ni dah on his way to be profesional kameremer *bak kata Afis* haha. Hasil gmbar2 yg dia dah tangkap korang semua boleh tengok dalam blog dia yg aku dah link kan tadi kat nama dia. Yang terbaru kalau x silap aku dia dpt job untuk wedding kkk dia sendiri. Tp aku rase die x siap lagi kott cutomize album kkk dia tuu. Gmbar aku pi kenduri tu pun aku xdpt2 lagi. hikhik. So, kat sini aku nak tolong promotekan la hasil kerja beliau. Kalau ada sape2 yg berminat atau tertarik dengan hasil kerja die boleh terus contact dia ok. :)

Aku harap dengan wajah baru blog aku ni akan lebih bagi aku semangat untuk rajin update blog pada masa akan datang. tu diaaa ayat bakal cikgu ! Ok, bye !

Monday, June 27, 2011

entry ke 100 !!!

Yeah ! Baruu nak entry ke 100. padahal dah lebih dua tahun berblog. tapi baru masuk 100 entry. Nampak sangatt aku x rajin update blog ! Heh !

Okayy, aku x sabar nak tengok TRANSFORMERS esok ! sangat2 x sabar. akan pergi tengok midnite movie bersama SA && x sabarr jugakk nak tengok cerita ni. cerita ni haaa ! Awww. my feveret actor !




Ok lah, good night semua !
Thanks for reading this entry :)

Sunday, May 1, 2011

inner itu saya punya !

Assalamualaikum !

Nak kata lama x jugak, nak kata baru x jugak. Ntah laa. Tapi ade lah dalam beberapa bulan aku join group Sahabat Blogger kat fb. Selama ni kalau ade kua merah kat notifications pasal group ni, aku tengok cmtu2 je. sebab nak cepat. but malam ni ada sorang blogger post pasal contest untuk menang inner ! Awwww memang menarik, tertarik kau memang da bomb ah cita die ! Aku memang suka pakai inner sejak inner diperkenalkan. Mudah & ringkas. Even everyday kau pakai shawl or tudung syria yang same yang kale itam tuh, but kau tukar inner hari2 yang bermacam-macam colour memang org lain x prasan lah cita die kan :) Aku suka sangat pakai inner sebab simple & mudah. Either nak g jalan2 ke, g kenduri ke, g aerobik ke (kate instruktor aerobik), g kua makan ke, g kedai runcit ke, memang inner menjadi pilihan hati. And i'm on my way mengumpul setiap warna inner.kalau boleh semua warna aku nak ada. :) So, dengan harapan yang tinggi untuk menang, aku join contest ni. heheh

Okayy, owner contest tu mintak letak satu pic pakai inner, but aku letak sampai enam sebab aku excited sgt2 ! hehhe. tapi dah combine jadikan 1 picture. jangan marah ea Mrs. VIP. hehehhe

Disini mahu tag mereka ini sebab mereka juga selalu saya lihat memakai inner :)


So, kalau ade sape2 stalker mahupun silent readers nak join boleh lah klik link ni :)

Wednesday, April 20, 2011

x sempat nak ceritaa

Assalamualaikum !

Banyak sangatt benda cik wawa nak cita. tapi x sempatt sekrangg. ada komitmen laen yg lebih pentingg. plus plus satu badan sakit lenguh, nak bangun dari katil pun payah habaq hang. ini semua sebab UKJK. ujian amali untuk budak PJ. ok lahh. dah settle semua ni ceq citaa semuaa noh ! :)

Thursday, April 7, 2011

Ku Menunggu :)

Assalamualaikum !

Malam ni memang xde keje nak buat. Ehhhh bukan xde keje nak buat. Ade, tapi bukan nak kene anta esok. Aku kan suka buat keje last minute ! (Okayy jangan tiru ! Sungguh x bagusss !). patutnya memang ada assigment kena hantar esok, but bila dah nak print tibe2 dapat call clazmate cakap hantar isnin depan. Aduhhh. postpone lagii. Aku memang x suka postpone sebab malas nak pikir dah pasal assigment. biar semua settle mggu ni jugak. Lagi satu masalah aku, even assgment dah siap, bile postpone due date die, aku rase mcm x yakin nak print, rase mcm ade yg kena edit. tapiii malasss sgt. hahaha. teruknya aku. Actually malam ni kena prepare english untuk debate esok. Lepas ni lah buat. Betul. X tipuuu.

Baru lepas tengok Asmara 2 episod 5. malam rabu hari tu x sempat tengok sebab masalah kekangan masa yang memang x boleh nak elak. Sumpah ! Aku suka sgt cerita ini. Lepas abis AdaMaya dulu, aku xde layan cerita kat tv sgt. but lepas tengok Asmara last year semangat berkobar-kobar pulak nak tengok Asmara 2. Like always, kalau bab2 nak feeling ni, memang aku no.1 lah ! Aku suka letakkan diri aku kat watak dalam cerita tu. Lepas tu mula lahh meleleh air mata ! hahaha. sebab tu aku suka tengok cerita kat laptop sorang2. Macam cerita AdaMaya aku letakkan diri aku kat tempat Maya. Now, cerita Asmara aku letakkan diri aku kat tempat Melati ngan Zahlia. Seronok tau bila menghayati watak ni. hihihi. x caya cuba korang try. -_-


Haa tengok, siap mention lagi hari apa pukul brapa. So, sape yg x pernah tengok ni. Aku suggestkan tengoklah. Boleh tengok balik episod yang terlepas kat youtube. Zaman dah moden sekarang ! Dulu SA yg semangat suruh aku tengok AdaMaya, lepas die abis praktikum aku nak suruh die tengok Asmara pulak. Sekarang ni malam2 die memang x sempat nak tengok tv.kene siapkan rph la,bbm la apa bagai.

Moving on.

Suka dengar lagu Rossa yang baru ni. Tapii aku pun x berape nak sure baru ke x baru. Dah lame x update pasal lagu2 ni. Actually lagu ni same macam Ku Merindu nyanyian Ella feat. Shah. Tapi yang Rossa ni Ku Menunggu



Till then. Nak pergi buat english. esok kena cakap omputih. hihi. Selamat Malam semua !

Friday, April 1, 2011

.cerita lapuk. !

Assalamualaikum !

Memangg. ye memanggg dah lama gilaa aku x update ! last update 9 MARCH. & now 1 APRIL. nak dekattt sebulan jugak lah x update. bukan mogok ke, malass ke, bukann bukann. hari2 rasa nak update blog tapii memang x kesampaian. (bykk sungguhh alasann). kau tu memang suka bertangguh Wawa.

Ok. ini memang ceritaa lame ! Org lain dah berkurun abad update pasal PBS, BIG apa semua. aku baru nak ceritaa. Org lain dah xnak tahu lah Wawa. Xpe2. tetapp nak cerita jugak ! :p Mane tahu ade yg ternanti-nati ceritaa aku kan. Aduhhh ! Bapakk ah perasan gilaaa kau Wawa ! Tapii betul ! Aku x tipu. x nampak kat shoutbox tuh? cikgu shazika suruh update cepat?Ok, as I told before, aku buat PBS dekatt ex-school aku mase sek ren dulu. SKPPH ( Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan ). haaa memang sekolah ini ntuk anak polis jeee ! Hahha. xde lahh. yg bukan anak polis pun bolehh la. but mostly anak polis lahh. :) tu salah satu kelebihan sekolah nie. Zoom in jom !



the new headmaster. time aku dulu GB lelaki

4 org murid ni menjadi pilihan hati sebagai bahan observe :)


with my guru pembimbing. guru baru jugak. time aku dulu diaa xde. sgttt sporting ! just like kakak & adik. mudaaa lagi oo. dia ni produk mktab ! hihi

Actually, aku pergi sesi petang 3 hari je, and thursday until friday sesi pagii.

So, this was my last day sesi petang. diorang ni memang sporting & x maluu nak berposing2. budak2 kan. but diorang sangattt sweet ! comeyyy.
List of their questions to me : ‎'' cantik cikgu hari ni ! '', '' mcm mana cikgu pakai selendang mcm tu? '', '' cikgu hari ni cikgu last kan? nk no. tefon nnti rindu cikgu '', '' cikgu fb cikgu ape? '', '' cikgu rumah cikgu kat mane? '', '' suara cikgu macam Mila Kau & Aku lah '', '' bila lagi cikgu nak datang? '' & banyak lagii. X ingat semuaa. Hihi. Even there was only three days aku kat sana, but diorang semua sangatt mesra. Rindu pulak kat diorang. Awwww.


bukan pilih kasihh yooo. mereka dipilih depends on their potential in class.
Hanani, Syabil, Faiz, Awfiyah

Yang paling manja, paling banyak tanya of course lah si comel Syabil tuh dengan Awfiyah. Faiz ni last day baru nak manje2. Hiihi. Nani ni pendiam so x sangatt lah dengan aku.

Aku tersentap bila tiba2 ada sorang murid ni tanya, " Nape cikgu pilih diorang? Nape x pilih yang lain? Mestii ade sebab. '' -_-

Ni budaknye. Dia suka nak tarik perhatian aku ! nak manje la tuh ! Hihi

Actually, dari maktab aku.aku sorang je buat kat sini. Yang lain semua pakat balek buat kat rumah masing2 jugak. Sebab tu 1st day & 2nd day x berapa nak ada gambar. tapii aku rase x ada lgsung kot. Hihi. Start 3rd day baru ada. & the pictures below semua masa hari terakhir kat sekolah. Memang terasa sekejap gilaa seminggu tuh. Rasa malasss sgt nak balek maktab nak menghadap balek assgments2 yg menggunung tuh !

sumpah rindu nak berucap kat sini ! kata ex-headgirl dulu !


Puan Mardziah. cikgu yang paling paling paling aku sayang ! Guru kelas since aku drjah 4 until drjah 6. 3 tahun beb ! memang rapat mcm isi dengan kuku lah ! Hiihi. & she was one of them yg byk bg aku peluang mase school. Aku sgt2 terhutang budi dengan beliau. Hasil didikan beliau aku dinobatkan sebagai tokoh murid 2003. Cewahhh ! :)

Guru2 yang mengajar aku dulu yang masih stay dekatt sekolah ni. Ramai jugak yg dah tukarr sekolah.

Nak jugak mengabadikan kenangan kat signboard sekolah kan. Hihi.

Okayyy, itu cerita PBS. balek je kL terpaksa menghadap assgments yg bertimbun gila tu. Nak x nak terpaksa siapkan sebab 5/7 drpd asgment kena hantar mggu ni jugak. Yelah minggu ni. Kira sekarang tggal 2 lagi assgment kena submit next week. So, memang mggu ni aku busy gila. Setiap hari ada je assgment kena hantar. Memang setiap hari tido pukul 3 pagi bangun pukul 6. Sape suruh buat kerja last minute ! kau tanggung la sendiri. & now dah terlepas dah siket azab tuh. Hihi. baru dapat nak update blog ! Hari ni dengan esok rehat2 dulu. Ahad baru start buat balek lagi 2 assgment. Xpun malam khamis baru buat sebab jumaat anta. Hahhaha. X serik2 lagi kau !

& sedikit kecewa jugak sebab 27/3 ritu, our 1st anniversary. but masing2 busy. x celebrate pun. )=. sedihhh. tapi aku x tunjukkan pun kekecewaan tu dekatt SA. die memang tengah busy gila gila gilaaa siapkan tesis. kate dah final year ! nak x nak, nak x nak. aku kena faham jugak ! )=

Okayy, lah. xnak sedeyh2 ea. Before terlupa, ingat lepas dah habiss KOT, dah xde buat aerobic. but there were still ade yang request suruh buat aerobic. & i'm feel free to do it ! Aerobic memang dunia aku ! fullstop ! (tangan di dada, mata ke atas)


Cikgu Wawa berbaju PJ, tengah tggu masa nak ajar aerobic :)

Wednesday, March 9, 2011

.short post

Assalamualaikum.

May peace be upon you guys, bloggers, followers, friends and youuu stalkers !

Minggu nie aku balik ipoh. cuti seminggu ! then PBS (pengalaman berasaskan sekolah) seminggu ! will doing pbs kat skpph. Bulan 2 memang bulan paling bz bagii aku & paling byk sgt dugaan. seperti entry sebelum ni, kan dah beritahuu SA excident, so jumaat ni die kena pergi HUKM untuk bukak simen kaki ngan jahitan kat kaki tuh. Memang sepanjangg SA recover, emosi aku sgt terganggu plus dengan masalah masalah lainn. Bile pikir pikir balek semua yg dah jadi, ade hikmah sebenarnye. Cuma hati aku yg x kuat nak terima.

Okayyy minggu ni adalah minggu KOT. Alhamdulillah, both event yg aku masuk dapat medal. Alhamdulillah. 3000m wanita dapat gold medal and 1500m wanita dapat bronze medal. Esok hari sebenar KOT kat stadium cheras, and event aku dah habis cuma untuk persembahan aerobik. Doa2 esok semuanya berjalan dengan lancar sebab sudah sebulan setiap petang praktis aerobik. the pictures will be uploaded later.

Semoga bulan ini memberi kemanisan buat aku setelah hampir kedua-dua bulan aku diuji dengan ujian-MU ya ALLAH.

Sunday, February 6, 2011

.erti persahabatan.

Assalamualaikum !

Hye hello friends, bloggers, silent readers, stalkers & who ever you are :)

Now, currently in Cheras, being here yesterday. Esok dah mula balek kelas.. Ouhh sungguh malas okaayy.

Sahabat ? X semua kawan adalah sahabat dan X semua teman adalah sahabat. Sebab boleh jadi kawan makan kawan. Tapi pernah ke korang dengar sahabat makan sahabat? X pernah kan. sebab nilai persahabatan x boleh di jual beli. Aku sangat bersyukur sebab dikelilingi dengan sahabat sejati. Walaupun sudah terpisah hampir 5tahun ( sebab sek men x sama ) but kitorang tetap keep in touch. Ada antara mereka sentiasa dengan aku semasa suka & duka. Bila aku menangis mesti ada sorang antara mereka yang call aku. ye Sya sygg. Dia sgt memahami aku. & of course Apek sorg ni yg selalu dengar masalah aku. Thanx Imi ! Kenny gojess ko aku x lupa lah !

Ini cerita masa cuti raya cina tu. Azwad as master mind nak buat bbq & semua org setuju buat kat umah aku. Hehe. Ramai yg nak sponsor aku on je lah cerita diaa. :D

Cakap byk x guna.

Sini, sini sini

Ayah ajak mereka yg datang awal tu sembahynag berjemaah. Tapi xde gmbar la kan sebab cameremer tgah sembahyang. Ini hanya lakon semula. Hihi


Ini dia Azwad, master mind. Muka dah mcm pembunuh ! Pembunuh ikan lah. Huu

Rumah aku mulai dipenuhi oleh sahabat handai. Sorang2 sampai.

Blogger cima. Long time no see



Operasi bbq sudah hendak bermula. Cewahh :)


Okayy kaum perempuan semua sibuk & ada yg saja2 sibukkan diri di dapurr :D




Pembancuh air yg handal ;p


Sudah menjadi perkara normal utk bertangkap gmbar. :p



Sibukkan mereka?

Cuba menyibukkan diri di tempat bbq. Haha

Kerja di dapur siap lebih awal. So, menggedik tgkap gmbar lah cerita diaa.


Menunggu YB Ariff membaca doa selamat.

&&&&
makann...



Mengabadikan kenangan di depan Myvi Ikmal. :)


Okayyy, gua terkena beb !

Walaupun birthdayy gua dah seminggu berlalu, tetapi kehangatannya masih terasa !

Naseb baek xda telurr & tepung !


Haaa. baru ada wajah cameremer kita. Yang berbaju merahh tu !
Pakai baju same ngan aku ! Sibukk !

Semua kagum tengok Bekas Ketua Pengawas berucap setelah sekian lama x berucap depan org ramai. Hihi

Terkilan sungguh dapat hadiah birthdayy lagiii ! Yeayyy

Here we are. Together We Stand, Together We Fall.


Perasaan sayang dekatt mereka semakin bertambah !

Thanx for reading. :)