Saturday, December 17, 2011

Al - fatihah

Assalamualaikum

Setiap yang hidup pasti akan mati. Apa yang telah ditentukan adalah kehendakNya. Aku baru pulang dari hospital tadi. Pagi khamis yg lalu, aku diberitahu yang Along jiran sebelah telah bersalin. Her 1st baby sbb baru kahwin tahun lepas kan. Tp, mak dia ckp baby boy Along masuk ICU sbb ada komplikasi. So, ayah & ibu aku pun berhajat la nak melawat Along petang sabtu nnti. kirenye ptang ni lah. Yelah skrg dah 2 pagi. dah hari sabtu. Tapi, pukul 11 mlm hr jumaat (tadi), adik Along gtau ayah family diorang semua dah ke hospital sbb dpt call dari doktor suruh dtg hospital skrg jugak. keadaan baby makin kritikal. Ayah aku terus ajak ibu & aku pergi hospital. Setibanya di hospital, family Along & family suami dia dah berkumpul. Hanya sorang-sorang dibenarkan masuk ke ICU. lepas semua kaum kerabat Along dah masuk, aku pun masuk. Astaghfirullah, hanya tuhan je tahu mcm mana nak luruh hati aku bile tengok baby Along penuh dgan wayar2 sana-sini. Comel sangatttt, tahulah muka baby mcm mana kan. suci sangatt. Kesiannn yang teramat tengok baby tu. Kesian diaaa berwayar sana sini. Mase tuu, Along ada di sebelah baby dia, usap2 kaki baby tu. Mase tuu Along lemah sangat. Ibu mana kan yg x sedih tengok anak sendiri mcm tuu.

Tepat jam 12 malam doktor beritahu baby dah meninggal. Innalillah. Masa tu aku terus terbayang mcm mana Along nak hadapi semua ni. Anak pertama. Keterujaan nak smbut kelahiran ank pertama mmg lain. Walaupun aku xpernah lalui tp aku dpt rasakan. Ingat lagi minggu lepas tengok Along basuh baju2 baru yg beli ntuk baby dia, jemur tilam, bantal2 baby. Aku tahu sesedih mana aku, sedih lagi Along yg kehilangan anaknya sendiri. x sempat baby tu nak merasa susu ibu dia. Tapi aku tahu, anak dia nnti yg akan bawak Along masuk syurga insyaALLAH. Aku doakan semoga Along sekeluarga tabah & redha dengan apa yg berlaku. Ini semua suratanNya dan pasti ada hikmah sebalik semua ini.

InsyaALLAH pagi esok, baby Along akan dikebumikan. Marilah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah.

p/s : masih terbayang-bayang wajah baby Along

Thursday, December 15, 2011

Apa itu blog freebies ?

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni bila tahap kebosanan melampau-lampau menguasai diri aku yang sedang bercuti semester ni, hari2 aku blogwalking. Mula-mula bila on laptop, aku akan terus blogwalking dahulu baru lah on fb. Mmg skrg fb seakan-akan membosankan & aku lihat skrg ramai orang lebih prefer twitter &&& hati aku belum terbuka lagi untuk create account twitter. Nanti2 lah.

Makin banyak aku blogwalking makin banyak aku tengok idea2 org laen yg sgt kreatif dlm bab menghias blog diorang tu. Ada yg simple, ada yg comel2, ada yg cool, ada yg romantik2, ada yg scary, yg serabut pun ada ! Oppssss. citarasa setiap org kan berbeza ! :) Okayy. sekarang aku nak cerita pasal blog freebies. Actually aku pun baru tahu bnd ni, maybe bnd ni dah lame. Aku pun x berape nak tahu kan. tp aku amat tertarik dgan blog freebies ni. mmg salute la pd mereka yg mmg terer create blogskins sendiri2. Bile dah tgok blogskins yg comel2, tibe2 aku terpanggil ntuk reke sendiri pulak. Tp ilmu aku psl bnd ni mmg zero. Mcm menarik pulak kan bila belajar, baca sana sini, teroka sana teroka sini untuk dapatkan sesuatu.

Aku rasa mcm satu kepuasan bila dpt edit blog sendiri mengikut citarasa kita sendiri :) aku dah rasakan kepuasannya skrg & aku pasti klau aku dpt buat blogskins sndiri lagii puas beb ! Mmg kena pergi berguru mcm ni ;)

Plan cuti ni nak struggle mcm kat atas sbb nak tick kat wishlist berat 45kg. Tp skrg mcm kena struggle nak belajar buat blogskin pulakk. :0

Wednesday, December 14, 2011

Wordless Wednesday # 3

Rindu yg teramat sangatt untuk berfoya-foya bersama MEREKA !