Hye peeps!
Whoaah, panjang x tajuk post kali ni? Apa hal la plak Wawa ni kan tibe2 nak cerita pasal ibu ke-3 lah. pasal isteri lah. Ayah I x kawen 3 ye. but............
Okayyy. I just got back from Teluk Intan. At first, nak pegi Cameron but x jadi sebab ayah abis exam td lewat. So, tukar pelan last minit. Ibu ajak pergi rumah Kak Narimah. Beliau ni dulu sahabat ibu masa kat Sabah dolu2. & arwah suaminya sahabat karib, kawan baik, teman rapat dengan ayah. Mereka sangat2 rapat. Same2 keje kat Sabah dulu. Sudah berbelas tahun ibu x jumpa dia. Kak Narimah ni lah ibu ke-3 Wawa. Ibu ke-2 Wawa ialah kakak ayah yg tinggal kat Kajang. Yg 1st of course lah ibu kandung Wawa sendiri kan? So, ramai x ibu Wawa?
Bulan 2 tahun depan genap 3 tahun arwah meninggalkan ibu. Tadi, ibu ceritakan macam mana arwah meninggal. Arwah kene serangan jantung selepas 10 minit ibu dengan arwah tidur. Arwah meninggal di sebelah ibu. Meninggal mengejut. Sampai sekarang ibu masih sedih walaupun sudah 3 tahun arwah meninggalkannya. Masa ibu cerita tadi pun, air mata tetap mengalir. Ibu(ibu kandung) dah pandang tempat lain sebab menahan air mata, wawa pun pandang tempat lain sebab air mata dah bergenang, ayah je yg steady. Arwah adalah seorang suami yg sangat sangatt2 baikkk. Ibu pula seorang isteri yg sgt sayanggg kan suaminya. Dah nama pun suami kan, mestilah sayang. Seriously, aku x pernah jumpa situasi mcm ni yg mana ibu mengambil masa yg lama untuk menguatkan semangat untuk terus hidup. Sebulan lebih ibu menjauhkan diri dari org ramai, ibu x boleh tengok org ramai2. Ingatan ibu terhadap arwah sangat kuat. Lepas kematian arwah, ibu sangat down. Semangat ibu hilang. Kalau sape2 call ibu x pernah angkat sebab ibu xnak jumpa sape2. Ni pun kira kami nasib baek ibu mahu jumpa sebab sekarang ibu dah ok siket. Ibu cuba menyibukkan dirinya dengan harapan x selalu memikirkan arwah. Tapi bila ibu pergi surau nak solat jemaah, adalah mulut2 makcik cakap mcm ni ' dtg surau ni jgan nak jeling2 suami org plak'... bile ibu pergi kenduri makcik ni cakap ' ni ke janda yg tinggal kat situ tuh?'. Ya ALLAH. itulah mulut org. Cakap x pernah nak pikir hati org laen. Memang lah mulut org x boleh nak tutup, tp guna otak siketlah beb bile nak bercakap tu!! Ibu dah lah hati lembut. Cepat je down. Memang tersentaplah bile org lain ckp cmtu.
Ibu tanya Wawa td ada facebook x. Then, bila Wawa jawab ada ibu terus on desktop dia teruss on9. Dia teruss add Wawa & suruh Wawa aprove mase tu jugak. Melihat wajah ibu yang memang penuh sifat keibuan, aku rasa macam Ohhh! sayang sangat kat ibu walaupun baru jumpa tadi. Wawa kenal dia pun masa kecik2 dulu masa xtau pape. Memang lepas tu xde jumpa dah! Then, before balek ibu mintak no handphone Wawa. Dalam kereta, ibu (ibu kandung) cakap mesti lepas ni ibu (Kak Narimah) akan selalu contact dengan Wawa.
Memang terbuktilah, tengok sini


Now, kasih sayang aku dah tertumpah dekatt beliau. Ibu, Wawa doakan semoga ibu jadi lebih kuat untuk menghadapi apa jua kemungkinan. Wawa yakin ibu boleh~ Wawa sayangggg ibu! Nanti kita jumpa lagi okayyy! Masa nak balek td, kuat ibu peluk Wawa & cium pipi Wawa 3x. Sayu sangatt hati niii
p/s : xdapatt bayangkan mcm mane perasaan kehilangan suami~ (*__*)