Aku menangis lagi.
Entah sudah berapa ratus kali.
Kenapa sukar untuk aku maafkan diri sendiri.
Walaupun orang lain telah aku maafi.
Berapa lama lagi harus aku begini.
Mengira detik, mengira hari.
Menanti hadirnya sang pelangi.
Yang entah bila hendak kunjung di sini
Orang hanya akan judge kita melalui masa silam kita. Percayalah.
Bukan mudah untuk orang percaya & yakin untuk terima perubahan kita.
Tambah lagi orang yang pernah ada sejarah hidup dengan kita.
Bila kita x mampu kawal hati, kita serah pada Allah.
Kuasa Allah itu tinggi. Sekelip mata dia mampu ubah apa yang ada pada hati kita.
Xperlu kita lontarkan keikhlasan kita dalam meminta maaf.
Xperlu kita nyatakan keikhlasan dalam apa-apa tindakan.
Dalam apa-apa keputusan.
Makin hari aku makin diuji.
Kini aku pula rasa ape yang kau rasa.
Jika sebelum ini kau dituduh macam-macam,
kini aku pula dituduh sebegitu.
Biarlah. Aku sudah tidak mampu untuk berkata-kata.
Aku serahkan semuanya pada Yang Satu.
Bismillah.
Hmmm sudah terlalu lama aku tinggalkan Quran. Ya Allah baru kini aku sedar betapa jauh aku menyimpang.
Jika selama ini aku rasa aku bahagia.Aku silap.Bahagia tanpa keberkatan & redhaNya hanyalah sementara.
Tidak punya apa-apa makna.
Terima kasih Allah kerana sentiasa memberi peluang, memberi ruang untuk aku kenang segala kesilapan yang telah aku lakukan.
Hidup tanpa redhaNya hanyalah sia-sia.
Bahagia sesama manusia datang dari Allah. Maka berbahagialah dahulu bersamaNya.
Tiba masa untuk betulkan diri. Persiapkan diri.
"Ruang yang paling besar ialah ruang untuk berubah"
Kini, dia & DIA beri aku ruang. ruang untuk betulkan diri. kembali kepada yang nyata.
In sha Allah, doa saya sentiasa ada untuk awak sebab saya yakin sesuatu keajaiban boleh berlaku dengan izin dariNya.
p/s : Alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk baca quran malam ni. Tenanglah wahai hati