Thursday, March 7, 2013

keikhlasan

Orang hanya akan judge kita melalui masa silam kita. Percayalah.
Bukan mudah untuk orang percaya & yakin untuk terima perubahan kita.
Tambah lagi orang yang pernah ada sejarah hidup dengan kita.
 
Bila kita x mampu kawal hati, kita serah pada Allah.
Kuasa Allah itu tinggi. Sekelip mata dia mampu ubah apa yang ada pada hati kita.
 
Xperlu kita lontarkan keikhlasan kita dalam meminta maaf.
Xperlu kita nyatakan keikhlasan dalam apa-apa tindakan.
Dalam apa-apa keputusan.
 
Makin hari aku makin diuji.
Kini aku pula rasa ape yang kau rasa.
Jika sebelum ini kau dituduh macam-macam,
kini aku pula dituduh sebegitu.
 
Biarlah. Aku sudah tidak mampu untuk berkata-kata.
Aku serahkan semuanya pada Yang Satu.

Saturday, March 2, 2013

Penenang Jiwa

Bismillah.
 
Hmmm sudah terlalu lama aku tinggalkan Quran. Ya Allah baru kini aku sedar betapa jauh aku menyimpang.
 
Jika selama ini aku rasa aku bahagia.Aku silap.Bahagia tanpa keberkatan & redhaNya hanyalah sementara.
Tidak punya apa-apa makna.
 
Terima kasih Allah kerana sentiasa memberi peluang, memberi ruang untuk aku kenang segala kesilapan yang telah aku lakukan.
 
Hidup tanpa redhaNya hanyalah sia-sia.
 
Bahagia sesama manusia datang dari Allah. Maka berbahagialah dahulu bersamaNya.
 
Tiba masa untuk betulkan diri. Persiapkan diri.
"Ruang yang paling besar ialah ruang untuk berubah"
 
Kini, dia & DIA beri aku ruang. ruang untuk betulkan diri. kembali kepada yang nyata.
 
In sha Allah, doa saya sentiasa ada untuk awak sebab saya yakin sesuatu keajaiban boleh berlaku dengan izin dariNya.
 
p/s : Alhamdulillah, Allah gerakkan hati untuk baca quran malam ni. Tenanglah wahai hati

Sunday, February 24, 2013

Tiba masa,


Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasihani..

Betul, memang setiap yang Allah bagi ada hikmahnya.
Biar masa, takdir yang menentukan.
Yang pasti aku sendiri tidak akan pernah berhenti berharap & berdoa sebab aku yakin
selagi kita berdoa selagi itu ada peluang.

Tiba masa untuk aku berubah menjadi lebih matang dari sebelum ini.
Jadikan pengajaran atas setiap apa yang berlaku.
Cakap bukan sekadar bercakap. Tapi buktikan.

Kita yang lalui hidup kita & kita tentukan sendiri untuk hidup kita.
Kalau bukan sekarang bila lagi untuk aku move on.

Betullah, tidak bahagia sekarang in sha Allah akan bahagia satu hari nanti pada waktu yang sepatutnya.

Semakin hari, usia semakin meningkat. Tiada lagi masa untuk jadi seperti sebelum ini.
Jaga diri, jaga hati & persiapkan diri.

Tidak perlu untuk aku ceritakan pada sesiapa.
Cukuplah hanya aku, dia & Allah yang tahu sebab kuasa Allah sudah cukup untuk merubah segalanya.

Yang pasti aku percaya & yakin dengan kuasa doa, niat & jodoh yang Allah tentukan. 
In sha Allah, dengan hati yang yakin satu hari nanti doa aku akan dimakbulkan olehNya. Amin.