Tuesday, December 13, 2011

Semangat Membara !!!

Assalamualaikum.

Apa khabar orang kampung ? ececeh bajet mcm satu kampung bace. ntah 10 orang pun xsmpai. Ok, never mind :)

Kalau sape2 yg pernah singgah blog aku before ni, mesti perasan yang aku dah ubah hampir keseluruhan blog aku. Aku edit sbb nak nmpk lebih matang walaupun hakikatnya aku x matang sangatt. hihi. Dua hari jugak la aku baru siap edit blog ni. Setakat ni, aku rase ini yang mampu aku buat walaupun simple & x hebat, xlawa, x gorgeousss gituu mcm org lain. But, for me. aku dah buat yang terbaek. Aku bangga dengan hasil usaha aku sendiri. kenape ? mengapa ? sebabbb aku edit tanpa bantuan org lain. buat sendiri try & error. bukan nak berlagak, bukan nak riak. Bukannye, 1st try teruss jadi. Paling cepat 3x try. So, mmg berpuluh-puluh kali la aku try untuk edit setiap sudut dekatt blog aku ni. Mmg sgt susah bile bermain dengan code2 apa bagai especially bila nak kena edit html. kalau add gadget je senang. bab nak edit html tuu kalau satu huruf je kau silap, habisss semua. gaya xnak kalah aku ni cerita. bab nak pilih template tuu x payah cakap laa. nak dekat 5x jugakk la aku duk tukar2. dah siap semua, renung2 ada lagi x puas hati. tuka balek template. bile dah tukar template tu mmg cite die kena edit semua balek kau tahu.

Cube tgok header aku tu. haha. Firstttt time okay first time aku buat header sendiri. sebab ape? sebab xde duit nak tempah kat orang. before ni aku punye header aku tempah kat junior sekolah aku dulu. Izzati Jazmin nama dia. tapi pggil Jasz je. kalau nak tempah header kat die boleh klik sini. Blog dia pun aku tengok selalu je bertukar wajah. Haaa berbalek pada cerita header, terkial-kial aku guna photoshop kau tahu. aku xpernah guna photoshop. harapp je ade dlm laptop. Mmg terkial-kial nak guna. klik sana, klik sini. berjuta-juta kali xjadi. haha menipuu je. Aku rase kalau korang x terer pasal photoshop pun korang boleh nmpk berkeriuk-keriuk, senget benget aku crop gmbar tuuu. Dahhh, xpayah tengok lame2 !





My header before. Created by Jazmin

Gambar2 dalam header aku tu gmbar mase aku pergi photoshoot dekatt Taman Jepun, Ipoh. Haha photoshoot la sangatt. sorryy aku ni xde bakat dalam modelling sbb tu Imie kate keras je bile aku posing. haha. kalau nak tengok gambar yang lain boleh tengok dekatt Rahimi's Gallery .
Actually malam tadi dah siap edit blog tapi bukan yg ini, yg laen. aku bg Imie tengok2 dulu then die bagi komen2 yg membina. So, aku edit balek semua smpai stay up kul 2 pagi malam tadi, smbung balek pagi tadi. maka lahirlah blog yg korang tgah bace skrg ni.

Ini antara koleksi gambar2 dari Imie. Cantik kan ? Dia ni salah seorang kawan baik aku dari sekolah rendah lagi smpai sekarang selain dua orang minah dalam gambar2 ni. hehe. Jgan mara ye Sya & Myraa.





Imie ni dah on his way to be profesional kameremer *bak kata Afis* haha. Hasil gmbar2 yg dia dah tangkap korang semua boleh tengok dalam blog dia yg aku dah link kan tadi kat nama dia. Yang terbaru kalau x silap aku dia dpt job untuk wedding kkk dia sendiri. Tp aku rase die x siap lagi kott cutomize album kkk dia tuu. Gmbar aku pi kenduri tu pun aku xdpt2 lagi. hikhik. So, kat sini aku nak tolong promotekan la hasil kerja beliau. Kalau ada sape2 yg berminat atau tertarik dengan hasil kerja die boleh terus contact dia ok. :)

Aku harap dengan wajah baru blog aku ni akan lebih bagi aku semangat untuk rajin update blog pada masa akan datang. tu diaaa ayat bakal cikgu ! Ok, bye !

Thursday, December 1, 2011

RINDU tahu ?

Assalamualaikum ! X jawab dosa, jawab sayang. okayyy mcm maria elena pulakk

Just a short post today. Dekatt fb semua pakat cakap pasal cerita OMBAK RINDU yang baru ditayangkan hari ni. Malam tadiiii baru SA ckp pasal movie ni because dia pernah baca this novel before. :) Mcm LBS jugak dia dah pernah baca. kalah aku yg kononnya duluu kaki novel kan. Bila SA cakap pasal OMBAK RINDU ni, rase sedikit terkilan dan sedih jugak laaa sebab x dapat tengok cerita ni bersama-sama. Sebelum ni kalau dekatt kL, both of us akan jadi golongan yg pertama tengok all kinds of movies yg baru keluar. kirenye on date la kan. selalunya sehari or 2 hari before keluar ape2 cerita yg box office kitorang mesti dah sibuk on9 tengok GSC mane yg masih byk sit kosong, nak tengok pukul brape, kat mane... bile..... Ishhhhh rindunya mcm tuuu. sekarang cutiii so x boleh laa. lagi pun SA tgah busy sekarang sebab kenduri kawen kak ngah dia. Kalau ada kat kL sekarang ni mesti malam ni pergi tengok OMBAK RINDU :( nak ajak membe2 kat ipoh dah ramai balek U balek. last2 nnti g tengok dgan adik. Alaaaaa malu laaa nak feeling2 tengok cite tuu, nak nangis2 ape semua. hihihihi. Sebenarnye tujuan tulis ni sebenarnye nak cakap yang sebenarnya aku rindu SA. tuuu jeeeee. Okay, gedikk. Bye !

Friday, November 11, 2011

for you

Aku punya hati kecil. hati kecil yang lembut && penuh kasih sayang. kasih sayang untuk insan terpilih yang aku betul2 sayang. JIKA sekali orang yang disayangi melukakan hati lembut ini, ia masih boleh dirawat sebab kasih sayang yang banyak penuh bersatu di dalam hati kecil ini. TAPI, bila mana hati lembut ni dilukai berkali-kali, ia menjadi parah. Maka, mengalir keluarlah sedikit demi sedikit kasih sayang yang ada di dalam hati itu. Apabila hati itu mula kurang oleh kasih sayang, luka yang ada menjadi bertambah parah. Tiada pula insan yang disayangi datang memasukkan semula kasih sayang itu dan merawat luka yang parah itu. Namun, masih tinggal kasih sayang lain yang sentiasa setia berada di dalam hati kecil ini dan menunggu dengan penuh sabar agar kasih sayang yang telah mengalir keluar kembali ke dalam hati ini.

TABAHLAH DUHAI HATIKU