Tuesday, February 19, 2013

Cinta Itu Milik Allah

Cinta bukan milik kita,
Sebaliknya pinjaman dari Allah Yang Maha Esa...

Hari ini Dia tarik rasa cinta dari hati pasangan kita sehingga tawar hatinya. 
Sebab... mungkin esok atau lusa Dia campakkan rasa cinta yang lebih segar dalam hati si dia yang setepatnya untuk kita.

Sentiasalah bersangka baik dengan setiap yang telah Allah putuskan.
Redha dengan setiap apa yang berlaku nescaya hati & fikiran kita akan tenang.

Ingatlah Allah tak akan pernah hadirkan ujian yang tidak mampu dihadapai oleh hambaNya.
Yakin dengan kuasa Allah dan jangan pernah berhenti berdoa & berharap kepadaNya.

Aku sentiasa akan terus berdoa & berharap yang jodoh sentiasa memihak kepada kita kerana aku tidak pernah berhenti yakin dengan Allah.




p/s : Semalam kamu berjalan dengan tidak cermat dan tidak berhati-hati. Hari ini dan esok, bak kata Saiyidina Umar: "..waspadalah jangan terpijak atau memijak onak dan duri.." Jangan kau kutip lagi serpihan kaca. Sabarlah hingga kau temukan permata.

No comments: