Assalamualaikum...
Sebelum terlupa, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia ni sama ada pernah mengajar saya atau tidak && untuk semua bakal2 cikgu termasuklah sayaa. hehehe.
Ok, hari ni bermulalah minggu final exam untuk semester ni. Hari ni paper Falsafah dan Pendidikan Di Malaysia. quite hard jugak la paper ni. So, hanya mampu bertawakal sebab bnd dah jawab kan. Nak kenang2 balek pun xde guna. Berdoa dan tawakal je boleh. :) Next paper, isnin depan. Perkembangan Kanak-Kanak.
So.......
Aku telah mengambil langkah awal suruh SA beli tiket Nur Kasih The Movie awal-awal. Semalam lagi die dah beli on9. Lepas berbuka puasa tadii, we headed to Mid Valley. Okay, hari ni bermulalah hari aku berpuasa ganti. Agak terlewat jugak la kan. Hihi. Okayyy aku tengah semangat gilaa nak cerita pasal NKTM. Bagi aku yang x pernah tengok the series Nur Kasih, aku rase NKTM ni sangatt seronok dan menyentuh perasaan laa kan. Memang meleleh je air mata aku sepanjang cerita tuu. Hehe.


Saat Nur disahkan mengandung. Awww romantik sangat :)
Tapi, kalau setiap kali mengandung gugur memang sedih die xleh nak cakap macam mana. Walaupun aku x pernah mengandung lagii, tapi aku dapat rasekan kesedihan wanita keguguran. Acecehh.kate feeling habiss kan !

Watak mereka yang comel inilah bagi aku masa untuk lap air mata. hehe

Tapi, air mata meleleh balik bila kanak-kanak comel ni rindukan umi mereka (Ayu Raudhah) yang dah meninggal duniaa.

Mereka....
Selain tu, music background die jugak menyumbang kepada melelehnya air mata aku. huhu. esp lagu Bertemu Cinta (Mila Jirin)
Cerita ini memang beri aku kesan. Kesan yang boleh dikatakan mendalam jugak lah. :)
"Apa yang diaturkan adalah yang terbaek''
''Kita x tahu apa yang ALLAH rancang untuk kita"
Apa yang aku dapat simpulkan secara keseluruhannya....
'' Semakin kita sayang dan cinta pada seseorang, semakin kuat kita diuji ''
Bertemu Cinta (Mila Jirin)
Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata
Bertemu cinta
Kita akhirnya
Setelah tangis
Tanpa suara
Bertemu cinta
Bagai cahaya
Menyuluh hati
Menjadi kasih sejati
Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan
Bertemu cinta
Kita akhirnya
Setelah tangis
Tanpa suara
Bertemu cinta
Bagai cahaya
Menyuluh hati
Menjadi kasih sejati
Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata
Bertemu cinta
Di ambang syurga
Mengutus doa
Biar menjadi anugerah
Bertemu cinta
Indah sempurna
Sedetik tidak
Hilang ragu dan percaya