Thursday, August 1, 2013

dosa lalu

 
Kadang-kadang aku terpikir,
apa dosa aku masa sekolah dulu bila dapat anak murid macam sekarang ni.
Hmm betul-betul menguji aku.
 
Seingat aku, aku dulu masa sek rendah tak pernah kurang ajar dengan cikgu,
tak pernah melawan cakap cikgu,
sentiasa takut dengan cikgu,
sentiasa hormat cikgu,
sentiasa siapkan kerja sekolah.
 
Tapi apa yang aku dapat sekarang,
entahlah nak cakap macam mana.
 
Apa la agaknya dosa aku.
 
Terpikir.
 
Adakah sebab dosa lain aku diuji macam ni.
 
Sabar la hati.
 
Kuatkan diri.
 
Cekalkan hati.
 
 

Wednesday, June 12, 2013

Terlewat?

 
Tinggal lagi beberapa hari untuk aku memulakan semester baru. Nak atau tak nak aku tetap kena teruskan perjuangan. Walaupun aku dah nampak ujian atau dugaan yang aku akan tempuh, tapi sesuatu yang indah yang belum aku nampak pasti ada selepasnya. Walaupun semangat untuk terus berada di sana dah hilang, aku kena merangkak untuk bangun cari semula kekuatan dan semangat baru untuk teruskan kehidupan di sana.
 
Yes, aku seorang yang sukar untuk hidup dengan kenangan.
Mahu atau tak mahu tetap kena teruskan.
Ya Allah, cuma satu ku pinta untuk ketika ini. Berilah aku kekuatan dan semangat untuk langkah kaki pulang ke sana.
 
 
Aku masih mencari. Mencari arah untuk berubah. Menjadi lebih baik.
 
Baru sekarang. Ye, baru sekarang aku sedar.
Aku seorang yang sangat keras kepala, susah nak cakap elok-elok, suka pikir negatif dekat orang lain, cepat bersangka buruk, mementingkan diri, degil, tidak reti nak bersabar, cepat marah dan suka mendesak.
Sudah terlewat bukan? Memang aku terlewat sedar akan semua keburukan aku.
 
Terima kasih Allah gerakkan hati aku untuk baca balik semua mesej aku dengan dia.
Baru sekarang aku dapat lihat segala kesabaran dia dengan perangai aku, segala kesabaran dia dalam merubah aku untuk jadi lebih baik, segala kesabaran dia dalam menasihati aku yang keras kepala, segala kesabaran dia dalam melayan perangai aku yang selalu buruk sangka, segala kesabaran dia dalam berdepan dengan aku yang x reti bersabar, segala kesabaran dia dalam mengajar aku untuk menjadi seorang yang redha ,segala pertolongan dan pengorbanan yang pernah dia lakukan.
 
Aku terlalu buta hati selama ini untuk melihat segala kebaikan yang telah dia lakukan. Sebab aku terlalu pikirkan hati dan perasaan sendiri. Terlalu pentingkan diri.
 
Walaupun aku rasa sedikit terlewat atas semua kesedaran ni, aku tetap bersyukur kerana masih diberi peluang untuk berubah.
 
Semoga ruang dan waktu yang memisahkan kita dapat mengubah aku untuk jadi yang terbaik dan ikhlas dalam setiap perkara.
 
Bagi aku, selagi nafas Allah beri, selagi itu harapan dan peluang itu masih ada.
Aku yakin dengan kuasa Allah, yakin dengan kuasa doa.
Semoga aku sentiasa ikhlas dan istikhamah untuk menjadi yang terbaik.
 
In sha Allah.
 
 
 

Wednesday, June 5, 2013

Harapan & peluang

 
Memang.
kalau xde ujian bukan kehidupan namanya.
Yang pasti setiap orang dalam dunia ni ada masalah.
Yang beza cuma kecik atau besar.
Aku tidak terkecuali.
 
Betul.
Hati orang kita x boleh jangka.
Macam hati kita jugak.
Kadang kita tahu ape kite nak.
Kadang kita sendiri xtahu apa yang kita nak.
Sampai kita rasa Allah saja yang tahu apa yang kita nak.
Macam tu jugak dengan orang lain.
 
Ye,
Aku xtahu apa yang ada kat hati dia.
Yang pasti Allah tahu apa ada kat hati dia.
Allah juga tahu apa yang ada kat hati aku.
Mintaklah pada Allah.
Allah suka hambanya yang meminta kepadaNya.
 
Aku masih percaya yang harapan itu sentiasa ada.
Peluang itu juga sentiasa ada.
Sampai bila?
Itu aku x pasti.
Mungkin sampai terpisah nyawa dan jasad.
Maka tiada lagi harapan mahupun peluang.